Syabas ! Pelajar-pelajar S.K.Wong

Pelajar-pelajar yang saya kasihi,

Sebaik sahaja tamat peperiksaan kertas 1 – mikroekonomi, saya tidak berhenti terima sms (tidak kurang daripada 150)  daripada pelajar-pelajar di seluruh Pulau Pinang.Saya difahamkan  banyak soalan datang daripada topik-topik yang kita fokus sepanjang masa. Malahan lebih gembira lagi ialah  banyak soalan-soalan yang terkandung dalam buku seminar yang mirip kepada peperiksaan  STPM sebenar juga muncul dalam peperiksaan kali ini.

Saya bersyukur kali ini ramai pelajar boleh mencapai keputusan yang cemerlang. Saya akan bangga atas pencapaian anda. Nampaknya usaha saya tidak sia-sia sahaja . Saya akan terus memberi motivasi dan rangsangan kepada anda melalui facebook saya dan blog saya selagi kertas Ekonomi belum tamat.

Ingin saya menarik perhatian kepada anda bahawa kertas 2 – makroekonomi merupakan kertas yang paling susah sekali. Pengalaman para pelajar ialah kertas ini memerlukan banyak penghafalan dan sukar ditaksirkan. Ingin saya menegaskan sekali lagi kertas ini bukan halangan kepada kita . Masih ingat pada awal tahun saya menggalakkan anda semua menulis 140 esei dalam topik teori penentuan pendapatan . Anda mungkin menegur saya.  Akan tetapi hari ini anda tidak akan menegur saya lagi ,malahan anda akan menghargai usaha saya sepanjang masa ini . Sekarang anda mendapati Beban bacaan anda pada saat-saat ini tidak seberat seperti pelajar-pelajar daripada kumpulan lain. Disamping itu saya juga  merumuskan fakta-fakta yang penting dalam buku seminar sahaja. latihan bertubi yang lepas serta panduan daripada buku seminar telah mengurangkan beban bacaan anda serta menjimatkan masa anda.

Anda hanya perlu memahami kandungan dalam buku seminar saya. Bukankah anda juga berharap makro ekonomi sama seperti mikroekonomi dimana soalan-soalan yang mirip juga keluar dari  buku ini ?

Marilah kita bersama-sama berdoa apa yang kita bincangkan sama ada dalam kelas atau dalam seminar akan keluar dalam peperiksaan akan datang.Marilah kita bersama-sama berusaha demi masa depan kita.

Jangan lupa 2 topik yang kita fokus = Teori Penentuan Pendapatan Negara dan Perdagangan antarabangsa. (Fokus kepada Q n A saya )

Daripada  S.K.Wong (25/11/2010)

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.