PANDUAN MENJAWAB ESEI – MIKROEKONOMI

Pelajar-pelajar yang saya sayangi,

Pada saat-saat yang genting ini, anda tidak ada masa untuk membaca nota atau buku teks . Anda akan menjadi panik bila melihat masih banyak bahan-bahan belum baca lagi. Kelemahan-kelemahan ini selalu dilakukan oleh calon yang malas untuk membuat ulangkaji terlebih awal.

Pengalaman sebagai guru ekonomi selama 24 tahun dan juga pengarang bagi buku teks dan buku rujukan, saya ingin mencadangkan kepada anda supaya memilih topik-topik yang dianggap popular dalam peperiksaan tahun ini (anda telah dimaklumkan dalam seminar dan kelas bimbingan saya) serta meramalkan soalan-soalan daripada topik-topik yang kurang penting(telah saya sebut dalam seminar saya).Tindakan ini boleh menjimatkan masa anda dan sangat berkesan.

Anda dicadangkan untuk  membaca dua naskah buku terbitan saya(Wong Siew Kong)  iaitu Panduan Menjawab Esei (Mikroekonomi dan Makroekonomi) .Penerbit bagi 2 naskah buku ini  ialah Federal- Marshall Cavendish Education. Jawapan dalam buku ini mudah difaham dan senang dihafal. Disamping itu jangan lupa membaca buku seminar yang saya tulis khas untuk anda.

Pesanan ini sangat penting khasnya jika anda mendapati masih ada 2/3 hari untuk membuat ulangkaji.

Semoga pesanan ini boleh melegakan anda dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM 2010.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.