Pendapatan Negara

Saudara saudari,

Maaf kerana lewat meneruskan perbincangan yang saya janji pada hari sabtu. Walau bagaimanapun marilah kita meneruskan perbincangan kita .

Perbincangan yang lepas telah menjelaskan bahawa pendapatan negara boleh diukur melalui 3 cara ialah kaedah pendapatan, kaedah perbelanjaan dan kaedah keluaran.

Hari ini kita akan membincangkan kaedah ketiga iaitu kaedah keluaran.Mengikut kaedah ini , pendapatan negara boleh diukur dengan menjumlahkan nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ekonomi.

Apabila kita menggunakan kaedah ini, kita hanya boleh mengambil kira nilai barang akhir atau nilai ditambah yang dicipta oleh setiap tahap pengeluaran.Sila merujuk kepada soalan 7 dalam QnA. Soalan ini ialah soalan yang diuji pada tahun 1993. Pastikan anda memberi definisi nilai ditambah(2). Bentukkan jadual (2) dan menghuraikan konsep ini. (2)

Setelah anda faham konsep nilai ditambah. Marilah kita melihat bagaimana pendapatan negara diukur mengikut kaedah ini.Banyak soalan objektif mengukur konsep ini. Sihat soalan objektif.

soalan 1 –  nilai ditambah bagi tepong dan roti = (750 – 500) + (980 – 750) = 480

Soalan 2 – C     Soalan 3 – D  Soalan 4 – A  Soalan 5 – C

Soalan 6 – Nilai ditambah oleh firma A = (20000+50000+60000)-100000=30000

Nilai ditambah oleh firma B = 30000-20000 = 10000

Nilai ditambah oleh firma C = 70000-50000=20000

Nilai ditambah oleh firma D = 80000-60000=20000

Nilai ditambah oleh firma A,B C dan D = 30000+10000+20000+20000=80000

Nilai ditambah oleh industri P = 100 juta – o = RM100 juta

Nilai ditambah oleh industri Q = 200 juta – 100 juta- 15 j  =  85 juta

Nilai ditambah oleh industri Z = 400 juta – 200 juta – 15 juta = RM185 j-

Nilai ditambah = 100 + 85 + 185  = RM370 (B)

Setelah memahami konsep nilai ditambah, marilah kita lihat bagaimana pendapatan negara diukur. Sila rujuk kepada jadual pendapatan negara Malaysia untuk memahami konponen kaedah pendapatan negara. Komponen ini terdiri daripada sektor pertama, kedua dan ketiga. Sektor ketiga ialah sektor pertanian dan perlombongan dan kuari. Sektor kedua ialah sektor pembuatan dan sektor pembinaan. sektor ketiga ialah sektor perkhidmatan.

Anda tidak perlu menghafalkan semua komponen ini. Kehendak skema ialah bagi setiap sektor utama, anda perlu memberi 2 contoh sahaja. Misalnya sektor utama terdiri daripada sektor pertanian, perhutanan, sektor penternakan dan perlombongan dan kuari . Anda boleh memberi contoh pertanian dan perlombongan.

Sila rujuk kepada soalan 5 (QnA) untuk penerangan yang selanjutnya.Jadual berangka (3%) dan huraian (5%)

Pertanian                                                 RM10000

Perlombongan dan kuari                  RM20000

Pembuatan                                              RM30000

Pembinaan                                              RM10000

Perniagaan borong dan runcit       RM10000

Utiliti                                                        RM10000

Perkhidmatan kerajaan                    RM20000

KDNK hp                                               RM110000

+ subsidi                                                        10000

– Cukai tak langsung                             10000

KDNK hf                                                         11,000

+ Pendapatan faktor bersih dari

luar negeri                                                 1000

KNK hf                                                            12,000

– susut nilai                                                   1,000

KNB hf                                                             13,000

Anda perlu menghuraikan jadual di atas seperti cara yang saya tunjukkan kepada and.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.