Penambahbaikan buku seminar 2010

Lampiran soalan –soalan Esei Tambahan yang popular pada tahun 2010 (Sila rujuk kepada edaran nota baru  semasa seminar tersebut

Bab 1 –  Sistem Ekonomi

1. Huraikan ciri-ciri utama pelaku dalam sistem ekonomi campuran(6)

Bab 2 – Permintaan dan Penawaran

1.a. Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran bersama dan  penawaran bertanding ? (2)

   b. Bagaimana pertambahan penawaran daging lembu boleh mempengaruhi harga keseimbangan kulit lembu.(8)

 2.    Bagaimana pengurangan penawaran daging lembu boleh mempengaruhi harga keseimbangan susu lembu.(6)

  3.   Berdasarkan rajah , terangkan kesan terhadap keseimbangan pasaran sekiranya

        a. kos input menghasilkan barang itu meningkat (5)

        b. harga barang penggenap semakin rendah (5)

 Uji Minda Anda

1. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan dengan ringkas kesan yang berlaku terhadap permintaan atas kopisekiranya harga teh meningkat. (6)

 2. Dengan menggunakan gambar rajah , terangkan bagaimana perubahan harga sesuatu barang mempengaruhi permintaan barang lain. (6)

 3. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan dengan ringkasnya konsep lebihan permintaan dan lebihan   penawaran (6)

4. Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan perubahan pendapatan mempengaruhi permintaan terhadap barang biasa , barang bawahan dan barang mesti (6)

 Bab 5 – Teori Gelagat Pengguna

1a. Nyatakan hukum utiliti sut berkurangan.(2)

 b. Berdasarkan hukum itu, terangkan mengapa keluk permintaan individu bercerun negatif ? (8)

 Bab7 – Struktur Pasaran Barang

1 ‘Pasaran persaingan bermonopoli menggabungkan keburukan kedua-dua pasaran persaingan sempurna dan pasaran  monopoli.’ Bincangkan pernyataan ini . (10)

 2.a. Mengapakah kewujudan monopoli dikatakan bertentangan dengan kepentingan masyarakat ? (5)

    b. Terangkan bagaimana kerajaan dapat mengawal harga monopoli (5)

 Bab 8 – Teori Agihan

1. Terangkan 3 tujuan utama orang ramai memegang wang (6)

2. a.Definisi kadar bunga

     b.Jelaskan perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar (6)

3. a.Definisi sewa kuasi

    b.Jelaskan perbezaan antara sewa ekonomi dengan perolehan pindahan (6)

 4.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perubahan perkara berikut  mempengaruhi  kadar bunga pasaran .

a.Pertambahan permintaan wang                             b.Pertambahan penawaran wang  (10)

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.