Globalisasi

1.Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi ?

Jawapan 

Globalisasi bermakna saling pergantungan antara sebuah negara dengan negara lain khasnya dalam bidang ekonomi.

2.Terangkan kesan globalisasi terhadap

i.  Perdagangan antarabangsa

ii. Pelaburan dalam sesebuah negara 

Jawapan

Kesan globalisasi terhadap perdagangan antarabangsa :

1. Ekonomi sebuah negara akan terlalu terbuka. Bahagian daripada eksport kepada KDNK atau import kepada KDNK

   adalah tinggi.

2. Perdagangan antara negara lebih leberal atau bebas.

3. Kemelesetan sektor ekonomi dari negara asing khasnya negara maju akan memberi kesan yang besar terhadap

    ekonomi domestik. Misalnya kemelesetan ekonomi yang dihadapi oleh Amerika Syarikat akan menjejeskan ekonomi

    Malaysia.

4. Import /  KDNK akan semakin meningkat. Ini bermakna masyarakat akan mengagihkan bahagian pendapatan yang

    banyak ke atas import.

Kesan globalisasi terhadap pelaburan

1. Pelaburan dalam sebuah negara khasnya negara kurang maju sangat bergantung kepada pelaburan secara langsung

   (FDI) .

2. Globalisasi menggalakkan lebih banyak kemasukan pelaburan asing

3. Keputusan pengeluaran domestik semakin dikawal oleh syarikat multi nasional . Ini menyulitkan dan  mempertikalkan

    keupayaan kerajaan.

4. Sistem perletakan harga antara anak syarikat multi nasional mempengaruhi hasil cukai syarikat.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.