Penambahbaikan buku seminar 2010 – Fasal 2

Kepada pelajar-pelajar S.K.Wong yang disayangi,

    Sudah 2 minggu kita tidak berjumpa, adakah anda sudah bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan STPM ? Anda harus berusaha, ini kerana peperiksaan STPM merupakan peperiksaan yang paling penting kepada anda. Jika anda berjaya , maka anda akan masuk ke Universiti . Sebaliknya jika anda gagal ,maka kemungkinan besar anda akan bermula dengan kehidupan baru iaitu kerja-kerja ………….. kerja-kerja……. Cikgu mendoa anda akan berjaya dalam peperiksaan .Cikgu amat bangga bila dimaklumkan bahawa anda semua masuk ke universiti .

    Cikgu difahamkan buku seminar yang cikgu sediakan untuk anda telah diedarkan ke merata-rata tempat. Cetak rompak dan kegiatan fotostat dilakukan oleh pelajar dan kedai amat dibencikan dan patut ditegur. Walau pun cikgu berusaha untuk menangani aktiviti ini dengan tidak melampirkan soalan-soalan dalam buku ini, tetapi masih mereka melakukan. 

     Cikgu berharap pelajar-pelajar yang melakukan boleh melahirkan keinsafan dan rajin beribadat agar tidak melakukan pada masa hadapan. Ini kerana cetak rompak merupakan satu kegiatan jenayah boleh didakwa di mahkhamah.Pendidikan melahirkan modal insan yang murni dan bukan modal insan yang berperangai negatif.

     Cikgu akan berusaha melampirkan bahan-bahan bacaan untuk rujukan anda .Kalau pelajar-pelajar masih menghadapi masalah dalam ulangkaji buku ini, sila berjumpa dengan saya pada tempat dan masa yang ditetapkan.

Pelajar-pelajar Pulau –  Jumpa di Pusat Bimbingan Delta (Cawangan Farlim)  pada 24.11.2010(Rabu) Selepas 11.30am

Pelajar-pelajar B,worth – Jumpa di Pusat Bimbingan Delta (Cawangan B,worth) pada 22.11.2010(Isnin) Selepas 5.00pm . (sila maklumkan saya terlebih dahulu melalui h/phone : 012-5231961)

Pelajar-pelajar B.M – Institut Jaya  pada 22.11.2010(Rabu) Selepas 11.30am

Pelajar-pelajar SMJK Jit Sin boleh berjumpa saya di sekolah pada 22/11/2010 (mulai 12pm-4pm)

Semoga anda semua boleh berjaya dalam peperiksaan yang akan datang.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

This site is protected by Comment SPAM Wiper.