Bab 6 – Teori Pengeluaran Jangka Panjang

      各位同学, 很抱歉,老师生病了,无法上课. 老师得了红眼病, 医生说会传染, 所以不敢去学校 .其实呆在家里是一件很闷的事情 .尤其是见不到你们那可爱又调皮的 脸孔, 很不习惯. 还好我们还是可以通过网络来学习. 好了,让我们开始今早的课程.  之前我们有提到 Keluk kos purata jangka panjang (LAC) U 的形状. 如果我们把LAC 拆开来, 它会形成两各部分, 那是LAC mencerun ke bawah    LAC mencerun ke atas. LAC mencerun ke atas 被称为 Ekonomi mengikut bidangan. LAC mencerun ke bawah 被称为 Tak ekonomi mengikut bidangan.

        在考试里, 我们把这两个istilah 写成Ekonomi bidangan digambarkan oleh bahagian keluk kos purata jangka panjang yang mencerun ke bawah. Ia menerangkan apabila pengeluar menambahkan , kos purata jangka panjang akan menurun.  

         Tak ekonomi bidangan digambarkan oleh bahagian keluk kos purata jangka panjang yang mencerun ke atas. Ia menerangkan apabila pengeluar menambahkan output, kos purata jangka panjang akan menurun. 

         有很多因素造成 ekonomi bidangan .其中两个重要因素是 ekonomi dalaman ekonomi luaran.      

         1. Ekonomi dalaman ialah faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh sebuah firma yang boleh membawa kos purata jangka panjang menurun apabila outputnya bertambah. Ekonomi dalaman dilihat di sepanjang keluk kos purata jangka panjang yang sama di mana keluknya mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.      

         2. Ekonomi luaran ialah faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh sebuah firma hasil daripada perkembangan industri keseluruhan. Kesan ekonomi luaran digambarkan oleh peralihan keluk kos purata jangka panjang ke bawah. Ia menerangkan pada output yang sama, kos unit firma akan turun.       

         同样的也有有很多因素造成 tak ekonomi bidangan .其中两个重要因素是 tak ekonomi dalaman tak  ekonomi luaran.       

        1.Tak ekonomi dalaman ialah kekangan-kekangan  yang dihadapi oleh sebuah firma yang boleh membawa kos purata jangka panjang meningkat apabila outputnya bertambah. Tak ekonomi dalaman dilihat di sepanjang keluk kos purata jangka panjang yang sama di mana keluknya mencerun ke atas dari kiri ke kanan.      

        2.Tak Ekonomi luaran ialah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh sebuah firma akibat daripada perkembangan industri keseluruhan. Kesan tak  ekonomi luaran digambarkan oleh peralihan keluk kos purata jangka panjang ke atas. Ia menerangkan pada output yang sama, kos unit firma akan naik.  Faktor-faktor yang membawa ekonomi dalaman, Tak ekonomi dalaman, ekonomi luaran dan tak ekonomi luaran

        Faktor-faktor yang boleh membawa ekonomi dalaman ialah :          

1. Ekonomi penggunaan faktor-faktor pengeluaran . Apabila firma menambahkan output, maka tidak perlu membeli mesin yang baru,  Sebaliknya ia boleh menggunakan mesin yang sedia ada lebih kerap dan intensif. Kos seunit mesin itu akan menurun.          

2.Ekonomi pengurusan.  Apabila firma menambahkan output, ia tidak perlu mengambil pentadbir baru. Sebaliknya pentadbir yang sama boleh mengawas proses pengeluaran.Kos pengurusan seunit akan menurun.                     

3.Ekonomi kewangan .Firma yang besar lebih mudah mendapat pinjaman dari bank jika dibanding dengan firma yan besar. Bunga atas pinjaman juga lebih rendah jika dibanding dengan firma yang besar.           

4.Ekonomi pemasaran . Apabila firma menambahkan output, ia boleh membeli bahan mentah secara pukal dan mendapat potongan harga yang besar jika dibanding dengan firma kecil yang membeli bahan mentah yang sedikit dan mendapat potongan harga yang rendah.  

Faktor-faktor yang boleh  mewujudkan ekonomi luaran ialah : 

1.Apabila satu kawasan menjadi kawasan  perindustrian, ia akan menarik banyak firma wujud dalam kawasan ini.Ada firma akan memhasilkan barang modal atau tekonologi baru. Pembaharuan ini boleh digunakan oleh firma-firma dalam kawasan yang sama. Firma-firma boleh menikmati faedah-faedah ini tanpa melibatkan kos untuk penyelidikan.  2.Apabila satu kawasan dijadikan kawasan perindustrian, maka kerajaan akan menyediakan kemudahan infrastuktur yang cukup di kawasan ini. Contoh, sistem jalan raya yang  baik, bekalan air dan elektrik yang cukup dan kemudahan perhubungan. Kemudahan ini akan dinikmati oleh mana-mana firma yang meletakkan kilangnya di kawasan perindustrian ini. Di samping itu firma-firma boleh memperoleh tenaga buruh yang murah dan terlatih. 

Faktor-faktor yang boleh membawa tak ekonomi dalaman ialah :

1. Tak ekonomi pengkhususan. Pekerja-pekerja akan berasa jemu dan bosan kalau mereka melakukan kerja yang sama pada setiap masa. Produktiviti pekerja akan jatuh dan kualiti barang yang dihasilkan juga terjejas.

2. Tak ekonomi pengurusan.Firma yang berkembang terlalu pesat akan membawa masalah kepada koordinasi dan kawalan. Misalnya pengurus tidak dapat mengawal firma dengan cekap. Ini membawa penyelewengan dan seterusnya meningkatkan kos pengeluaran firma.

3. Tak ekonomi kewangan.Firma yang banyak meminjam dari institusi kewangan , maka ia terpaksa membayar balik pinjaman bersama-sama dengan faedah atas pinjaman. .Kos purata firma meningkat akibat daripada perkara ini.

4. Tak ekonomi pemasaran .  Oleh kerana persaingan dari luar, ada firma banyak melakukan aktiviti persaingan bukan harga seperti pengiklanan. Kalau pengiklanan ini tidak berjaya, maka firma terpaksa menanggung kos pengiklanan yang tinggi.  Faktor-faktor yang boleh  mewujudkan tak ekonomi luaran ialah :

1. Pengeluaran secara besar-besaran boleh menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar. Misalnya pembuangan sisa toksik ke dalam sungai akan mencemarkan air. 

2. Perkembangan industri yang pesat akan membawa kesesakan di kawasan tersebut. Misalnya kesesakan lalu lintas . Kesesakan ini akan membawa kos pengeluaran firma meningkat. 3. Perkembangan industri yang pesat akan membawa kekurangan tanah untuk membina kilang. Hal ini membawa harga tanah terus meningkat. Firma yang baru harus membayar harga tanah yang tinggi jika ia ingin beroperasi di kawasan perindustrian yang sama. Ini membawa kos pengeluarannya meningkat.   

         好了,今天我门讨论的课程就到此为止. 谢谢 !                          S.K.Wong  at 10 am 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

This site is protected by Comment SPAM Wiper.